Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Merdeka: Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel dan laluan bas terpilih pada 30, 31 Ogos

2024-08-15 berita.rtm.gov.myHaiPress

Foto Prasarana

PETALING JAYA,15 OGOS - Semua perkhidmatan rel merangkumi LRT,MRT dan Monorel,serta BRT Laluan Sunway dan laluan bas terpilih akan beroperasi selama 24 jam pada malam 30 Ogos bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-67.

Rapid KL memaklumkan,perkhidmatan yang dipertingkatkan itu buat pertama kalinya dilakukan sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan untuk menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

"Sehubungan itu,semua servis rel akan beroperasi bermula dari pukul 6.00 pagi pada 30 Ogos sehingga 11.30 malam pada 31 Ogos 2024.

"Rapid KL akan turut menyediakan sehingga 60 bas perantara percuma dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya bermula pukul 6.00 petang,30 Ogos hingga pukul 3.00 petang,31 Ogos bagi memudahkan warga kota yang ingin meraikan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang bakal berlangsung di Putrajaya," menurut Rapid KL menerusi kenyataan.

Rapid Kl turut memaklumkan,sebanyak sembilan buah bas akan disediakan dari MRT Putrajaya Sentral ke lokasi-lokasi menarik di sekitar Putrajaya seperti Taman Botani,Marina Putrajaya,Alamanda dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 31 Ogos.

Sementara itu,Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana,Mohd Azharuddin Mat Sah menerusi kenyataan yang sama berkata pihaknya akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

“Pihak Prasarana amat berbangga kerana dapat menyediakan perkhidmatan ini buat rakyat Malaysia. Lebih 4,000 kakitangan barisan hadapan Rapid KL akan bertugas secara syif bagi memastikan kelancaran operasi 24 jam dan memberikan pengalaman perjalanan yang baik sempena Merdeka 2024.

"Perkhidmatan 24 jam itu juga dapat memberi peluang kepada warga kota yang ingin hadir menyaksikan sambutan ambang Merdeka yang bakal diadakan di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur dan Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya," katanya.

Prasarana dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Polis Diraja Malaysia akan memastikan kelancaran laluan bas khas ini tidak terganggu dan anggota Polis Bantuan Prasarana akan ditugaskan untuk membantu penganjur bagi kelancaran lalulintas.

Pengguna juga disaran untuk menggunakan kad Touch ’n Go dan memastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi.

Sebarang maklumat berkaitan perkhidmatan tersebut,orang ramai boleh melayari laman web www.myrapid.com.my atau laman sosial Rapid KL.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap