Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Usaha Malaysia lesenkan platform media sosial tarik perhatian banyak negara - Fahmi

2024-08-08 berita.rtm.gov.myHaiPress

Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil/Foto RTM

KUCHING,8 Ogos- Menteri Komunikasi,Fahmi Fadzil berkata usaha Malaysia untuk melesenkan platform media sosial telah mendapatkan perhatian beberapa negara yang menyatakan minat untuk menuruti langkah yang sama.

Jelasnya,badan kawal selia komunikasi United Kingdom (UK),Ofcom,telah menunjukkan minat apabila menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaksanaan inisiatif tersebut.

Selain OFCOM UK,Singapura turut berminat untuk mengetahui pendekatan Malaysia dalam melesenkan platform media sosial.

Menyentuh mengenai jenayah buli siber,Fahmi memaklumkan jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh kerajaan melibatkan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC),Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara AGC dan diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said.

Jawatankuasa berkenaan bakal memperhalusi undang-undang sedia ada atau meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membanteras gejala buli siber.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 Kementerian Komunikasi Zon Sarawak di Auditorium P.Ramlee RTM Kuching di sini hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap