Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Petunjuk global positif, kenaikan menyeluruh dorong Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari

2024-07-12 berita.rtm.gov.myHaiPress

BURSA MALAYSIA

KUALA LUMPUR,11 Julai- Kenaikan menyeluruh merentas sektor mendorong Bursa Malaysia kekal dalam aliran meningkat setakat tengah hari pada Khamis.

Pada pukul 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.25 mata kepada 1,624.63 daripada 1,618.38 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks itu dibuka 2.78 mata lebih tinggi kepada 1,621.16 dan bergerak di antara 1,621.10 dengan 1,628.35 sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran,kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 667 berbanding 413,manakala 476 kaunter tidak berubah,875 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.04 bilion unit bernilai RM2.12 bilion.

Peniaga berkata keyakinan mengenai jangkaan pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat pada September mendorong peningkatan berterusan Wall Street bagi hari ketujuh.

Keyakinan itu meningkatkan pasaran global,dengan pasaran saham Jepun mencecah paras tinggi baharu.

Di peringkat tempatan,FBM KLCI terus menghampiri paras psikologi 1,630 menjelang data terkini ekonomi domestik dan pengumuman kadar dasar semalaman oleh Bank Negara Malaysia.

Sentimen itu juga ditambah baik apabila JP Morgan menyemak naik penarafan terhadap Malaysia selepas hampir enam tahun,didorong oleh pembaharuan dasar negara,pelaburan pusat data serta pembangunan infrastruktur.

JP Morgan juga menyemak naik penarafan untuk pasaran ekuiti Malaysia dan menaikkan paras asas sasaran FBM KLCI kepada 1,650 daripada 1,500.

Saham wajaran tinggi Bursa,Maybank naik dua sen kepada RM10.04,Tenaga Nasional menokok lapan sen kepada RM14.48,CIMB menambah enam sen kepada RM7.15 dan IHH Healthcare meningkat tiga sen kepada RM6.33,manakala Public Bank susut dua sen kepada RM4.12.

Kaunter berkaitan teknologi mendominasi senarai paling aktif,dengan SMTrack meningkat setengah sen kepada 4.0 sen,ATA IMS menambah enam sen kepada 61 sen,manakala Dataprep turun satu sen kepada 23.5 sen dan Nova MSC kurang satu sen kepada 26 sen.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas meningkat 70.96 mata kepada 12,581.34,Indeks FBMT 100 menambah 67 mata kepada 12,152.91,Indeks FBM Emas Syariah naik 91.72 mata kepada 12,948.98,Indeks FBM 70 melonjak 177.14 mata kepada 18,740.67 dan Indeks FBM ACE menokok 14.84 mata kepada 5,989.42.

Mengikut sektor,Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 68.88 mata kepada 17,817.69,Indeks Perladangan menambah 16.34 mata kepada 6,974,31 serta Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.79 mata kepada 200.85 manakala Indeks Tenaga kurang 2.14 mata kepada 982.81. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap