2026-08-28 HaiPress

Foto fail Bernama
KUALA LUMPUR,28 Ogos – Semua prosiding tatatertib terhadap mahasiswa berkaitan kebebasan bersuara,penyataan pandangan,kritikan awam dan perhimpunan aman di universiti awam dihentikan serta-merta.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Perbuatan yang melibatkan keganasan,vandalisme,kerosakan harta,kesalahan jenayah,salah laku akademik atau pelanggaran tatatertib yang sah tetap tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.
Bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang tidak tertakluk kepada AUKU,penelitian sama akan dilaksanakan terhadap peruntukan masing-masing berkaitan mahasiswa.
Menurut KPT,langkah itu bagi memastikan kedua-dua institusi berkenaan turut selaras dengan pembaharuan yang dilaksanakan bawah AUKU.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan bahawa langkah yang boleh memberikan lebih kebebasan kepada mahasiswa perlu dilaksanakan segera tanpa menunggu keseluruhan proses penggubalan akta baharu selesai.
08-28
08-28
08-28
08-28
08-28
08-28
08-28
08-28
08-28
08-28