Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

Malaysia sasar eksport peranti perubatan lebih RM50 bilion menjelang 2030

2026-08-28 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,28 Ogos – Malaysia menyasarkan nilai eksport peranti perubatan melebihi RM50 bilion menjelang 2030,selaras usaha memperkukuh kedudukan negara sebagai hab teknologi perubatan bertaraf global.

RINGKASAN BERITA AI

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pameran dan Persidangan Peranti Perubatan Antarabangsa (IMDEC) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC),hari ini.

Hadir sama,Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Tambahnya,aspirasi kedua ialah membina sekurang-kurangnya 10 syarikat teknologi perubatan tempatan yang mampu menjadi peneraju di peringkat serantau dan global menjelang 2030.

“Aspirasi ketiga pula ialah memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus pekerjaan yang diwujudkan menerusi pelaburan baharu dalam industri teknologi perubatan terdiri daripada jawatan pengurusan,teknikal dan penyeliaan.

“Kira-kira RM4 bilion pelaburan baharu dalam industri peranti perubatan turut diluluskan tahun lalu menerusi 46 projek,yang dijangka mewujudkan hampir 3,400 peluang pekerjaan,”jelasnya.

Dalam pada itu,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara menegaskan keperluan industri bekerjasama lebih rapat dengan universiti dan institusi Pendidikan dan Latihan TVET bagi memastikan bakat tempatan tersedia sebelum pelaburan baharu masuk.

Beliau berkata,industri perlu terlibat lebih awal dalam pembentukan program latihan,mengenal pasti kemahiran masa depan,menyediakan pendedahan industri serta memperluas peluang perantisan.

“Langkah itu penting bagi memastikan keutamaan diberikan kepada pekerja,pengurus dan penyelia tempatan dalam sektor teknologi perubatan,”tambahnya.

Dalam majlis itu,turut disampaikan Anugerah Sepanjang Hayat kepada Bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal),Datuk Dr Mukundan Sugunan Pillay dan Pengasas bersama dan Pengarah Medical Innovation Ventures Sdn Bhd,Dr Lim Li Sze.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap