Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

DeepSeek buka peluang pelaburan AI di Malaysia

2025-02-14 IDOPRESS

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto RTM

KUALA LUMPUR,13 Februari – DeepSeek,sebuah syarikat kecerdasan buatan (AI) dari China,membuka peluang baharu kepada pelabur kewangan yang berminat menyokong pertumbuhan perniagaan berasaskan AI di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peluang tersebut tidak hanya tertumpu pada teknologi semata-mata,sebaliknya modal memainkan peranan penting dalam mempercepatkan perkembangan industri AI.

"Agenda pendigitalan negara menarik perhatian syarikat teknologi global seperti Oracle,Microsoft,Google,dan Amazon,yang telah komited melabur AS$14.7 bilion. Ini membuktikan potensi Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital di Asia Tenggara," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Forum AI Pan Pasifik Malaysia-Pelaburan dan AI dalam Dunia Berubah,di sini.

Tambah Fadillah,dengan mengurangkan halangan kepada penerimagunaan AI,DeepSeek mengupayakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyepadukan teknologi tersebut dalam operasi mereka,sekali gus meningkatkan produktiviti dan daya saing global.

Forum AI Pan Pasifik Malaysia menghimpunkan wakil kerajaan,pemimpin industri AI,dan komuniti perniagaan bagi membincangkan pasaran baharu,isu perundangan,perkembangan teknologi,serta peluang pelaburan global,dengan fokus utama tahun ini tertumpu kepada kecerdasan buatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap