Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Dua klinik Bitara MADANI di Saratok mula beroperasi bulan lalu

2026-03-04 HaiPress

Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Hanifah Hajar Taib / BERNAMA

KUALA LUMPUR,4 Mac – Kerja-kerja menaik taraf Klinik Kesihatan Roban dan Nyabor di Saratok,Sarawak  bawah inisiatif Bitara MADANI: Pembaikan Klinik Daif 2025 telah siap sepenuhnya pada Disember lepas dan kedua-duanya mula beroperasi bulan lalu.

RINGKASAN BERITA AI

Timbalan Menteri Kesihatan,Datuk Hanifah Hajar Taib berkata,kapasiti perkhidmatan sedia ada ketika ini adalah mencukupi,namun penambahan perjawatan atau fasiliti baharu seperti perkhidmatan dialisis dan parkir akan dipertimbang mengikut keperluan semasa.

“Pertambahan seperti dialisis dan tempat letak kereta adalah antara perkara yang harus kita lihat juga. Untuk perancangan pembinaan klinik baru pula,kami perlu menilai potensi tapak yang bersesuaian. Insya-Allah,cadangan ini akan dikemukakan dalam projek hujung RMK ke-13 di bawah RMP 4 atau 5,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Tuan Pele Peter Tinggom berhubung status terkini setakat Februari 2026 bagi kerja menaik taraf Klinik Kesihatan Roban dan Nyabor di Dewan Negara hari ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap