Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

CelcomDigi catat keuntungan bersih RM1.38 bilion pada 2024

2025-02-14 IDOPRESS

CelcomDigi Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM1.38 bilion bagi tahun kewangan 2024 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,13 Februari – CelcomDigi Bhd mencatat keuntungan bersih sebanyak RM1.38 bilion bagi tahun kewangan 2024,lebih rendah berbanding RM1.55 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun,hasil syarikat kekal stabil pada RM12.68 bilion.

Menurut kenyataan syarikat,prestasi yang lebih rendah itu disebabkan pengurangan pemerolehan SIM prabayar sekali sahaja serta penggabungan SIM selepas proses penyatuan syarikat.

Keuntungan bersih bagi suku keempat turut menyusut 63.9 peratus kepada RM157.04 juta,berbanding RM435.15 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Namun,segmen pascabayar pengguna meningkat 2.6 peratus kepada RM4.1 bilion,didorong pertambahan lebih 374,000 pelanggan setahun hasil pelan konvergensi yang dipertingkatkan.

Selain itu,hasil jalur lebar rumah dan fiber melonjak 34.4 peratus kepada RM185 juta dengan peningkatan pelanggan sebanyak 76,000 setahun.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap