Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

'Wang diselamatkan daripada penyeludup dipulangkan semula kepada rakyat' - Fahmi

2024-06-18 berita.rtm.gov.myHaiPress

FOTO FB Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR,17 Jun- Wang penjimatan daripada subsidi diesel yang ditarik daripada golongan 'maha kaya' dan penyeludup dipulangkan semula oleh kerajaan kepada rakyat.

Perkara itu dinyatakan Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan,Fahmi Fadzil menerusi Facebook beliau hari ini.

Menurutnya,wang yang diselamatkan itu dipulangkan dalam pelbagai cara antara melalui insiatif baharu yang diumumkan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi mengenai jaminan kawalan harga barang makanan.

"Bagi syarikat,masih menikmati subsidi diesel dengan harga biasa melalui 'fleet cards'. Bagi individu,masih menikmati subsidi melalui bantuan tunai RM2,400 setahun," katanya.

Pagi tadi,Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan memutuskan harga runcit telur ayam gred A,B dan C di seluruh negara diturunkan 3 sen sebiji selaras usaha mengembalikan hasil penjimatan penyasaran subsidi kepada rakyat.

Kini,harga runcit bagi telur ayam gred A,B dan C masing-masing turun kepada 42 sen,40 sen dan 38 sen sebiji berkuat kuasa hari ini.

Penampungan subsidi keperluan makanan rakyat sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam melibatkan perbelanjaan RM100 juta,manakala pada tahun 2023 peruntukan subsidi telur ayam adalah sebanyak RM927 juta,menurut kenyataan.

BERITA BERKAITAN

Harga telur ayam gred A,B,C turun 3 sen sebiji,mulai hari ini

Negara 'hilang' 2 bilion liter diesel bersubsidi,RM3.5 bilion tahun lalu- Fahmi

Penyasaran subsidi diesel dan BUDI MADANI langkah tepat dan wajar

KPDN luluskan 198,046 kenderaan terima subsidi diesel setakat semalam

Keperluan penambahan kuota subsidi diesel dalam perbincangan

Penyasaran subsidi diesel,pelaksanaan perlu untuk kekang ketirisan

Penyasaran subsidi diesel: Kerajaan beri amaran jangan ambil kesempatan naikkan harga barangan

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap