Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

CGPP ubah landskap tenaga negara

2026-04-14 HaiPress

Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR,14 April – Program Corporate Green Power Programme (CGPP) dilihat sebagai langkah penting dalam merombak sistem tenaga negara dengan membolehkan pembekal tenaga boleh baharu menyalurkan bekalan secara terus kepada pengguna korporat.

RINGKASAN BERITA AI

“Kejayaan projek seperti Setia Kawan Energy dan Selarong Pertama Energy pula membuktikan kemajuan berterusan Malaysia dalam menterjemahkan dasar kepada pembangunan infrastruktur tenaga bersih yang memberi impak nyata,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Penyiapan Projek Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) di ibu negara.

Pelaksanaan CGPP juga merupakan sebahagian daripada usaha lebih luas kerajaan dalam menstruktur semula cara tenaga dijana dan diagihkan,sejajar keperluan semasa yang menuntut sistem tenaga lebih fleksibel dan mampan.

Beliau turut menegaskan,kejayaan pelaksanaan projek bawah CGPP membuktikan dasar yang dirangka mampu diterjemahkan kepada pembangunan infrastruktur tenaga bersih yang memberi impak nyata.

Pada masa sama,pendekatan itu dijangka mempercepat penggunaan tenaga boleh baharu pada skala lebih besar,di samping memperkukuh daya tahan sistem tenaga negara dalam menghadapi perubahan landskap global.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap