Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

KKR jamin projek rakyat diteruskan

2026-04-14 HaiPress

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya (KKR) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid hari ini. – BERNAMA

KUALA LUMPUR,14 April – Pelaksanaan projek rakyat tetap diteruskan meskipun negara berdepan cabaran kenaikan kos bahan binaan susulan ketidaktentuan geopolitik global.

RINGKASAN BERITA AI

Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Alexander Nanta Linggi – BERNAMA

Beliau menggesa semua agensi di bawah KKR mengutamakan pemprosesan tuntutan yang lengkap,mempercepat proses pengesahan kerja,serta memastikan bayaran interim dan bayaran akhir dibuat tanpa kelewatan yang tidak munasabah.

Menurutnya,langkah mempercepatkan bayaran itu bukan sahaja membantu kontraktor mengekalkan operasi mereka,malah turut menyokong kestabilan keseluruhan rantaian pekerjaan dalam sektor pembinaan.

KKR juga terus memperluas peluang kepada kontraktor tempatan khususnya kontraktor kecil dan sederhana dalam kerja penyenggaraan,baik pulih


dan projek berskala sesuai.

Ia bagi memastikan mereka terus mempunyai aliran kerja dan tidak terpinggir ketika kos operasi meningkat.

Datuk Seri Alexander Nanta berkata,selari dengan semangat transformasi KKR,kebergantungan sektor binaan kepada kos minyak juga harus dikurangkan melalui kaedah yang lebih produktif dan berteknologi tinggi.

Beliau berkata,penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS),Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM),prefabrikasi,pemantauan digital tapak serta pengoptimuman reka bentuk perlu dipergiat.

Ini supaya tempoh pembinaan dapat dipendekkan,pembaziran bahan dapat dikurangkan dan kebergantungan kepada logistik berulang dapat diminimumkan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap