Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

PM dikurnia Darjah Kerabat Brunei

2026-08-22 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) yang membawa gelaran Dato Laila Utama

BANDAR SERI BEGAWAN,22 Ogos – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K.) yang membawa gelaran Dato Laila Utama daripada Sultan Brunei,Sultan Hassanal Bolkiah yang membawa gelaran Dato Laila Utama.

RINGKASAN BERITA AI

Perdana Menteri dan Sultan Brunei kemudian akan menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) serta instrumen dua hala di Baitul Mesyuarah,Istana Nurul Iman.

MoU kerjasama Pengurusan Bencana akan ditandatangani oleh menteri-menteri berkaitan mewakili kedua-dua negara.

Mengakhiri lawatan kerja rasmi ke Brunei,Perdana Menteri akan menghadiri Makan Tengah Hari Rasmi yang dihoskan oleh Sultan Brunei di Baiturrahmah,Istana Nurul Iman.

Turut berangkat,Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Brunei,Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Sultan Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah; dan Menteri Hal Ehwal Luar Brunei,Pengiran Muda Abdul Mateen.

Turut hadir,Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg; dan Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Hajiji Noor.

Hubungan kerjasama antara Malaysia-Brunei terus mengukuh dalam segenap aspek. Dari sudut ekonomi,jumlah dagangan antara Malaysia-Brunei direkodkan berjumlah RM5.86 bilion pada tahun 2025.

Daripada jumlah itu,jumlah eksport ke Brunei bernilai RM4.20 bilion; manakala jumlah import dari Brunei bernilai RM1.66 bilion.

Manakala bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini,jumlah dagangan antara kedua-dua negara telah mencecah RM2.38 bilion.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap