Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

SPA komited tambah baik kaedah pemilihan penjawat awam

2026-07-01 HaiPress

Foto BERNAMA

KAJANG,1 Julai– Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sentiasa menilai dan menambah baik kaedah pengambilan penjawat awam,termasuk Penilaian Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE),bagi memastikan mekanisme pemilihan kekal relevan serta berupaya mengenal pasti calon terbaik untuk menyertai perkhidmatan awam.

RINGKASAN BERITA AI

Datuk Seri Dr Ahmad Jailani menegaskan SPA akan terus meneliti kaedah yang lebih berkesan bagi mengenal pasti bakat terbaik untuk diserap ke dalam perkhidmatan awam.

Tambah beliau,PSEE atau ujian psikometrik yang didakwa menyebabkan ramai bakat terpinggir daripada menyertai perkhidmatan awam turut dinilai keberkesanannya,namun setakat ini kaedah itu masih merupakan antara pendekatan terbaik untuk mengenal pasti calon yang paling serasi memandangkan jumlah permohonan yang sangat besar setiap tahun.

“Apa yang kita adakan dalam penilaian itu adalah satu bentuk penilaian psikometri yang melihat dari segi elemen-elemen dirinya sendiri.

“Contohnya integriti,sahsiah,ataupun keseimbangan emosinya. Kita ada beberapa teras dalam kita membuat penilaian yang menentukan keserasian calom dengan jawatan yang bakal mereka duduki itu,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap