Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

Maal Hijrah medan muhasabah, imbas kesilapan dan perbaiki kelemahan diri – Sultan Nazrin

2026-06-17 HaiPress

Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Masjid Putra,Putrajaya sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1448 Peringkat Kebangsaan / Foto RTM

PUTRAJAYA,17 Jun – Sambutan Maal Hijrah perlu dihayati sebagai medan muhasabah untuk umat Islam menilai perjalanan hidup,mengimbas kesilapan lalu serta mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki dalam usaha menjadi insan yang lebih baik.

RINGKASAN BERITA AI

Sultan Nazrin bertitah,terdapat empat pengajaran utama daripada peristiwa hijrah yang wajar dijadikan panduan oleh umat Islam dalam mendepani cabaran semasa.

Menurut Baginda,pengajaran tersebut meliputi kesanggupan melakukan pengorbanan,kepentingan perancangan strategik dan kepimpinan berwawasan,pengukuhan perpaduan serta kerjasama dalam masyarakat,selain meningkatkan sifat tawakal kepada Allah SWT.

Baginda turut mengingatkan agar umat Islam tidak alpa dan hanyut dalam arus kehidupan duniawi sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk memperbaiki diri.

“Ketika melangkah kaki ke tahun Hijrah 1448,sebaiknya kita mengambil ingatan akan firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah al-Hasyr,ayat 18 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah,dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah disediakannya untuk hari esok.

“Ayat ini sebaiknya mengingatkan kita untuk melakukan muhasabah terhadap perjalanan hidup,mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki supaya kita tidak terlalu selesa dan kadangkala lalut serta lemas dalam lautan kata-kata pujian yang palsu,” titah Baginda.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap