2026-05-20 HaiPress

Presiden Indonesia,Prabowo Subianto/ Foto REUTERS
JAKARTA,20 Mei – Presiden Indonesia,Prabowo Subianto mengumumkan kawalan eksport komoditi bagi meningkatkan kutipan hasil cukai ketika negara itu berdepan tekanan ekonomi yang didorong oleh perang di Asia Barat.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Matlamat utama dasar ini adalah untuk memperkukuh pengawasan dan pemantauan,di samping membanteras amalan pembayaran kurang,pengisytiharan invois yang lebih rendah,amalan pemindahan harga serta mengekang modal hasil eksport dibawa keluar dan dilaburkan di luar negara,” katanya.
Prabowo juga berkata,walaupun perang di Asia Barat dan Ukraine berlaku jauh dari Indonesia,ia tetap memberi kesan dan pengaruh yang sangat besar kepada negara itu,yang merupakan pengeluar minyak tetapi pengimport bersih.
“Peraturan eksport baharu itu adalah usaha untuk mengurus dengan lebih baik apa yang menjadi milik kita. Kita mesti percaya bahawa semua sumber asli Indonesia adalah milik rakyat Indonesia.
“Oleh itu,negara berhak mengetahui secara terperinci sumber asli mana yang dijual di luar Indonesia. Kita tidak mahu terus diperdaya,kita mahu mengetahui dengan tepat berapa banyak kekayaan kita yang dijual,” kata Presiden Indonesia itu.
Persatuan Organisasi Pekebun Kelapa Sawit Indonesia (POPSI) dalam reaksi terhadap pengumuman itu berpendapat,peraturan tersebut berpotensi mengubah secara asas struktur perdagangan minyak sawit negara serta membuka ruang luas kepada monopoli perdagangan. -AFP
05-20
05-20
05-20
05-20
05-20
05-20
05-20
05-20
05-20
05-20