Rumah Maklumat kewangan Berita Melayu Teknologi SUV Masyarakat Permainan Bahagian fesyen Kekayaan Sukan Cerdas Hartanah Ibu bapa-anak Makanan Anak Kesihatan Hotel Hiburan Pendidikan

Konflik Asia Barat: Cadangan pelan damai petanda baik wujudkan keamanan, kestabilan – PM

2026-04-08 HaiPress

Cadangan pelan itu petanda baik ke arah pemulihan keamanan dan kestabilan bukan sahaja di rantau tersebut malah seluruh dunia. /Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,8 April – Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik pelan damai 10 perkara bagi menamatkan konflik Asia Barat yang dikemukakan Iran dan diterima secara positif oleh Amerika Syarikat (AS).

RINGKASAN BERITA AI

Kesediaan Pakistan berunding dengan semua pihak tanpa rasa takut atau berat sebelah disifatkan sebagai cerminan tradisi tertinggi solidariti umat Islam dan tanggungjawab antarabangsa.

Malaysia bersedia untuk menyokong dan melengkapkan segala usaha dalam hal berkenaan.

“Kami juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan kepada semua penduduk awam yang terjejas akibat perang ini.

“Semoga ini menjadi titik perubahan ke arah keamanan yang berkekalan. Dunia tidak mampu menerima sebarang kemungkinan yang kurang daripada itu,” jelasnya.

Selain itu,kenyataan berkenaan menegaskan tanggungjawab semua pihak berkepentingan untuk memastikan berakhirnya penindasan serta pelanggaran hak rakyat Palestin,khususnya di Gaza.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap