2025-12-02 HaiPress

Exco Sumber Manusia,Kesihatan,Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak,Datuk A. Sivanesan/Foto BERNAMA
IPOH,2 Disember- Golongan kanak-kanak merupakan majoriti yang terkesan bagi jangkitan Influenza-Like Illness (ILI) hasil pemantauan 65 kluster yang dilaporkan di Perak setakat November.
Exco Sumber Manusia,Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Negeri Datuk A. Sivanesan berkata daripada jumlah itu,23 kluster melibatkan kategori institusi pendidikan tahap sekolah menengah dan ke bawah.
"Bagi negeri perak sehingga 29 november 2025,iaitu minggu epidemiologi (me) 1/2025 hingga 48/2025,sebanyak 65 kluster influenza like illness (ili) telah dilaporkan di negeri perak. daripada ini,sebanyak 33 kluster adalah kluster jangkitan penyakit influenza.
"Manakala hanya satu kluster ILI atau 1.54% melibatkan institusi penjagaan warga emas,katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor Norhaslinda Zakaria pada Sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Tambahnya,vaksin influenza disaran diambil setahun sekali oleh semua lapisan masyarakat.
Terutamanya golongan yang berisiko tinggi untuk melindungi mereka daripada komplikasi serius akibat jangkitan influenza yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital atau kematian.
12-02
12-02
12-02
12-02
12-02
12-02
12-02
12-02
12-02
12-02