2025-10-29 HaiPress

Ketua Penganalisis Ekonomi,Bank Muamalat Malaysia Berhad,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid/RTM
KUALA LUMPUR,29 Oktober -Strategi komunikasi yang berkesan dilihat menjadi kunci utama bagi meyakinkan rakyat bahawa Belanjawan 2026 mampu membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan mereka.
Ketua Penganalisis Ekonomi,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat kerajaan perlu menumpukan kepada pendekatan komunikasi yang jelas,telus dan menyeluruh agar mesej dasar yang dibentangkan dapat difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat.
"Apabila kita bercakap tentang strategi komunikasi,ia perlu menepati golongan sasaran serta menggunakan kaedah penyampaian yang sesuai. Misalnya,bagi golongan muda,media sosial boleh dimanfaatkan melalui penggunaan carta,visual dan rakaman video yang menarik,” kata Dr. Mohd Afzanizam.
Bagi masyarakat luar bandar pula,beliau mencadangkan agar kerajaan memperkukuh pendekatan secara fizikal seperti sesi penerangan bersemuka di peringkat komuniti,termasuk kerjasama dengan guru melalui Persepsi-Interpretasi-Keputusan (PID).
"Dengan adanya maklumat yang disampaikan secara jelas dan telus,ia dapat meningkatkan kredibiliti kerajaan dan meyakinkan rakyat bahawa setiap dasar yang digubal memberi manfaat jangka panjang kepada mereka," katanya.
Beliau turut mengakui bahawa dasar tertentu,termasuk pelaksanaan cukai baharu atau penyusunan semula subsidi,mungkin kurang popular dalam jangka pendek,namun hasil dan manfaatnya akan dapat dilihat dalam tempoh yang lebih panjang.
"Contohnya,pelaksanaan subsidi diesel RON95 menggunakan MyKad yang berjalan lancar menunjukkan kecekapan sistem kerajaan dalam memastikan manfaat sampai terus kepada rakyat," jelasnya lagi.
Sementara itu daripada aspek integriti fiskal,beliau berkata kerajaan terus memperkukuh kebertanggungjawaban kewangan melalui beberapa pindaan undang-undang dan rang undang-undang baharu.
Beliau menegaskan,usaha berterusan memperkukuh integriti dan komunikasi dua hala antara kerajaan serta rakyat akan menjadi faktor utama dalam membina keyakinan terhadap pelaksanaan Belanjawan 2026.
10-29
10-29
10-29
10-29
10-29
10-29
10-29
10-29
10-29
10-29