2025-10-17 HaiPress
Foto JBPM Perak
TANJUNG MALIM,16 Oktober- Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 14 Oktober lalu ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Liang,Tanjung Malim,Perak ditemukan maut,hari ini.
Mangsa,Mustaqqeem Mansoor,34 tahun dari Sungai Petani,Kedah,dilaporkan melakukan aktiviti pendakian bersama 10 rakan lain dari Bukit Fraser,Pahang menuju ke Gunung Liang,Perak sejak 10 Oktober lalu.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,mangsa kali terakhir dilihat pada pukul 10.30 malam Selasa lalu,di puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan mengalami kecederaan pada kaki dan berjalan perlahan.
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dengan kekuatan 22 anggota melibatkan pelbagai agensi.
Mayat mangsa ditemukan pada pukul 3.30 petang di puncak Gunung Liang Barat.
Bagaimanapun,usaha membawa turun mangsa menggunakan helikopter terpaksa ditangguhkan berikutan keadaan cuaca tidak mengizinkan.
Pasukan penyelamat kedua telah digerakkan ke lokasi dan akan bermalam di puncak sebelum operasi membawa turun mangsa diteruskan esok pagi.
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17
10-17