2025-10-15 HaiPress
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke di Pusat Media Parlimen./RTM
KUALA LUMPUR,15 Oktober - Satu laman web khas disediakan bagi membolehkan warganegara Malaysia yang memiliki Lesen Memandu Singapura (LMS) mendaftar permohonan Subsidi Petrol RON95 (BUDI95).
Inisiatif itu diperkenalkan menerusi kerjasama Kementerian Pengangkutan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Menteri Pengangkutan,Anthony Loke,berkata semua permohonan yang diterima akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian dan pertimbangan kelayakan.
Antara syarat yang akan dipertimbangkan termasuk pemohon merupakan warganegara Malaysia,LMS masih sah tempohnya dan status permit pekerjaan di Singapura.
“Warganegara Malaysia yang bekerja di Singapura,terutamanya dalam sektor yang melibatkan tugas pemanduan,terpaksa melepaskan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk mendapatkan LMS,walaupun mereka menetap di Malaysia dan memiliki kenderaan berdaftar di negara ini,” katanya dalam sidang media di Pusat Media Parlimen,hari ini.
Beliau menambah,bagi mereka yang tidak lagi bekerja di Singapura atau tidak lagi tertakluk kepada keperluan peraturan Singapura untuk memegang LMS,mereka boleh memohon semula LMM dengan terlebih dahulu membatalkan LMS melalui prosedur sedia ada di Singapura.
Laman web permohonan BUDI95 boleh diakses mulai 16 Oktober 2025 di budi95lesensg.jpj.gov.my
Status kelayakan pemohon boleh disemak melalui laman web yang sama selepas 14 hari daripada tarikh penghantaran permohonan.
10-15
10-15
10-15
10-15
10-15
10-15
10-15
10-15
10-15
10-15