2026-08-26 HaiPress

Foto BERNAMA
SUBANG JAYA,26 Ogos – Jabatan Penerangan (JAPEN) menyasarkan pelaksanaan program Pentarama X Kelab Malaysiaku di lebih 80 sekolah menengah di seluruh negara bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
RINGKASAN BERITA AI
−
Menurut Erwin,penerapan unsur hiburan serta penglibatan aktif pelajar dalam program itu turut membantu mendekatkan golongan muda dengan maklumat berkaitan kerajaan,selain menyemarakkan semangat kenegaraan.
“Apabila kita ada sedikit unsur-unsur hiburan dan penyertaan daripada pelajar-pelajar,kita rasakan bahawa pelajar-pelajar ini dia rasa lebih dekat dengan agensi kerajaan dan juga lebih dekat dengan negara melalui program-program yang telah kita susun,” katanya.
Program di SMK Subang Jaya itu disertai 1,051 peserta yang terdiri daripada pelajar,guru,Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Persatuan Alumni.
Antara pengisian program termasuk persembahan lagu patriotik,kuiz dan sesi interaktif bersama pelajar bagi meningkatkan penghayatan terhadap nilai kenegaraan.
Erwin turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan atas kerjasama berterusan dalam menjayakan program berkenaan di sekolah terpilih di seluruh negara.
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25
08-25