2025-10-11 HaiPress
Foto RTM
SERI ISKANDAR,11 Oktober - Timor-Leste akan diterima sebagai anggota penuh ASEAN secara rasmi pada 26 Oktober ini.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,Malaysia melalui Kementerian Luar sentiasa berusaha bagi memastikan penyertaan penuh negara termuda Asia Tenggara itu ke dalam blok serantau berkenaan.
"Saya diberi penghormatan berucap di Parlimen Timor-Leste dan saya nyatakan bahawa dari awal kita mendokong. Tetapi,baru-baru ini kita telah berusaha keras untuk memastikan Timor-Leste diterima sebagai anggota tetap ASEAN," katanya.
Datuk Seri Anwar yang juga Pengerusi ASEAN 2025 berkata demikian ketika berucap pada Program Temu Anwar Bersama Pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Canselori UTP,Seri Iskandar,Perak.
Turut hadir Menteri Besar Perak,Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pendidikan Tinggi,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden UTP,Mohamed Firouz Asnan.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini di Kuala Lumpur.
Ia turut dijangka dihadiri para pemimpin berpengaruh dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump; Presiden China,Xi Jinping serta ketua-ketua kerajaan negara ASEAN dan rakan dialog.
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11
10-11