Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Premier Sarawak hargai peruntukan RM6 bilion dalam Belanjawan 2026

2025-10-11 HaiPress

Tan Sri Abang Johari Tun Openg/ BERNAMA

KUCHING,11 Oktober - Premier Sarawak,Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI yang memperuntukan RM6 bilion untuk negeri itu dalam Belanjawan 2026.

Peruntukan itu akan memantapkan hala tuju pembangunan ekonomi negara,khususnya di Sarawak.

"Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan MADANI,yang telah memberikan peruntukan dalam Belanjawan 2026 sebanyak RM6 bilion.

"Sudah tentu ini dapat merapatkan lagi perhubungan antara Kerajaan MADANI dan Kerajaan Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Lahir ke-79 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Padang Merdeka di sini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap