2025-09-05 HaiPress
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said / BERNAMA
KUALA LUMPUR,04 September - Rang Undang-Undang (RUU) Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam bukti komitmen kerajaan MADANI berkhidmat untuk rakyat.
Perkara itu diakui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata,ia diperkemaskan lagi dengan penubuhan Jawatankuasa hak khas pembelaan awam yang diterajui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Bantuan Guaman.
“Inilah bukti bahawa kerajaan Madani bukan sahaja berjanji tetapi lebih kepada ‘walk the talk’.
"RUU ini merupakan sebuah langkah penting dalam agenda reformasi institusi untuk menjamin akses keadilan bagi semua rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahas RUU Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 2025 di Dewan Negara.
Menurutnya,RUU itu membawa tiga pembaharuan besar dengan memperluas skop guaman sivil dan syariah dan mewujudkan kerangka khusus bagi pembelaan awam khasnya dalam kes jenayah.
Ini termasuk penambahbaikan menerusi penggunaan teknologi dan perkhidmatan secara dalam talian.
"Jika sebelum ini hanya terhadap kes-kes tertentu maka RUU ini membolehkan banyak kategori prosiding sivil dan syariah diliputi termasuk melibatkan hak-hak pekerja dan perlindungan pengguna serta beberapa perkara baharu dalam Mahkamah Syariah seperti pengesahan nasab anak dan pengesahan nikah."
“RUU ini memperkenalkan satu kerangka khusus bagi pembelaan awam dalam kes jenayah. Sebelum ini perkhidmatan ini tidak diwujudkan secara berasaskan undang-undang sebaliknya digalas yayasan yang ditubuhkan oleh kerajaan.” katanya.
Akta tersebut membolehkan rakyat yang tidak berkemampuan serta berdepan dengan tuduhan jenayah mempunyai akses khidmat awam di institusi bawah Jabatan Guaman.
09-05
09-05
09-05
09-05
09-05
09-05
09-05
09-05
09-05
09-05