2025-08-19 HaiPress
Timbalan Menteri Pembangunan Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad
KUALA LUMPUR,19 Ogos -Model untuk menempatkan pakar secara tetap atau berkala di pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)sedang diteliti.
Timbalan Menteri Pembangunan Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata,mekanisme atau model itu diteliti bagi memperkukuh intervensi awal kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat komuniti.
Jelasnya,kementerian juga sedang mempertimbangkan mekanisme secara hibrid denganmenggalakkan penempatan pakar melalui rakan strategik seperti Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
"Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi sokongan,modul asas kementerian alu-alukan ruang dan kerjasama dengan agensi lain Kementerian Kesihatan Malaysia,IPT dan profesional untuk salurkan kepakaran dan berkala berstruktur. Sekarang ini kementerian sedang meneliti model kerjasama meletakkan pakar secara berkala di PDK dan kementerian pertimbangkan mekanisme secara hibrid melalui rakan strategik di IPT dan korporat dan dapat merangka kerja rentas kementerian.
"Tetapi ini adalah konsep perkongsian sumber komuniti kta memang menggalakkan jawatankuasa PDK menjadi penghubung khidmat pakar secara sukarela," kataya ketika ketika menjawab soalan dikemukakan ahli parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias,di Dewan Rakyat.
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19
08-19