2025-08-12 HaiPress
Foto fail
KUALA LUMPUR,12 Ogos - Maybank Investment Bank (Maybank IB) meramalkan ekonomi Malaysia berkembang pada 4.3 peratus bagi suku kedua 2025.
Bank pelaburan itu memaklumkan,unjuran berkenaan berdasarkan Indeks Perkhidmatan yang menyederhana kepada 5.0 peratus pada suku kedua,berbanding 5.2 peratus pada suku sebelumnya.
''Nilai Kerja Pembinaan turut menunjukkan trend sama dengan menyusut kepada 12.9 peratus daripada 16.6 peratus,selain penurunan Indeks Pengeluaran Industri dari 2.3 peratus kepada 1.5 peratus tahun ke tahun.
'Sebaliknya,Pengeluaran Minyak Sawit Mentah melonjak 6.8 peratus tahun ke tahun pada suku kedua daripada 5.9 peratus pada tempoh tiga bulan pertama tahun ini,'' jelas Maybank IB dalam nota penyelidikannya hari ini.
Berdasarkan indikator tersebut,unjuran bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua diunjur lebih rendah berbanding anggaran awal dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 4.5 peratus.
Pada suku pertama 2025,KDNK berkembang sebanyak4.4 peratus,dipacu oleh penggunaan isi rumah,pelaburan dan sektor pembinaan.
Data sebenar bagi KDNK suku kedua dijadual akan diumumkan oleh Bank Negara Malaysia pada Jumaat ini.
08-12
08-12
08-12
08-12
08-12
08-12
08-12
08-12
08-12
08-12