Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Malaysia bakal sertai 15 negara dunia laksana undang-undang lindung pekerja gig

2025-08-08 HaiPress

Majlis Sembang Santai Teh Tarik Industri Gig di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) di ibu negara/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,7 Ogos – Malaysia bakal menyertai 15 negara dunia dengan yang melaksanakan sistem perlindungan undang-undang khas untuk pekerja sektor gig,seiring usaha memperkukuh hak dan kebajikan golongan itu.

Menurut Menteri Sumber Manusia,Steven Sim Chee Keong,pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang sedang dirangka adalah hasil kajian dan perbandingan teliti dengan 15 negara lain yang telah menguatkuasakan undang-undang seumpama itu.

Versi Malaysia pada persidangan anjuran Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) di Geneva,baru-baru ini dilihat sebagai menyeluruh,realistik dan sejajar dengan keperluan semasa

RUU tersebut turut mengambil kira model perlindungan dari negara jiran seperti Singapura dan Filipina,serta negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan India,yang mempunyai persamaan dari segi struktur undang-undang buruh.

Terdahulu,Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa RUU Pekerja Gig dijadual dibentangkan untuk bacaan kali pertama dalam Dewan Rakyat pada 14 Ogos ini,manakala bacaan kedua dan ketiga dijangka berlangsung pada 26 Ogos.

Kerajaan berharap undang-undang tersebut dapat diluluskan sebelum berakhirnya sidang Parlimen kali ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap