Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

11 warga asing ditolak masuk Malaysia gagal patuhi syarat imigresen

2025-08-07 HaiPress

Foto fail

ALOR SETAR,6 Ogos – Seramai 11 warga asing terdiri daripada sembilan lelaki dan dua wanita ditolak masuk ke Malaysia selepas gagal mematuhi syarat kemasukan mengikut Akta Imigresen di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam,semalam.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menerusi satu kenyataan memaklumkan,kesemua mereka berasal dari Bangladesh,Thailand,India dan Sri Lanka.

Mereka turut dikenakan Notis Penolakan Masuk (NPM) selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan.

“Tindakan tegas ini diambil selaras dengan Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mematuhi syarat kemasukan.

“Mereka telah diarahkan berpatah balik ke negara asal serta-merta melalui pintu masuk yang sama,” menurut kenyataan itu hari ini.

AKPS menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang cuba mengeksploitasi kemudahan imigresen.

“AKPS akan terus memperketat kawalan serta pemeriksaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan hanya pelawat yang sah dibenarkan masuk,” tambah kenyataan itu lagi.

Langkah ini juga,menurut AKPS,adalah sebahagian daripada komitmen berterusan agensi itu dalam menjaga kedaulatan serta keselamatan sempadan negara daripada sebarang bentuk ancaman.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap