2025-07-03 HaiPress
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu pemimpin komuniti Islam di Rom,Itali.
ROM,2 Julai – Di sebalik kesibukan jadual lawatan kerja rasmi ke Itali,Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu pemimpin komuniti Islam di Rom.
Ia usaha memperkukuh kerjasama dan solidariti ummah peringkat antarabangsa.
Pertemuan itu melibatkan Naib Presiden Persatuan Komuniti Islam Itali,Imam Yahya Pallavicini dan Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali–Masjid Besar Rom,Abdellah Redouane.
Dalam perbincangan tersebut,kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai usaha menangani cabaran semasa yang dihadapi umat Islam termasuk isu Islamofobia,serta langkah-langkah memperkukuh pembangunan ummah menerusi pendidikan dan dakwah.
Perdana Menteri menegaskan komitmen Malaysia untuk terus memartabatkan Islam sebagai agama yang menjunjung nilai kesederhanaan,toleransi dan keharmonian sejagat.
Sebagai simbolik ukhuwah,Datuk Seri Anwar turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di Itali serta menyerahkan senaskhah al-Quran edisi khas dan 10 naskhah terjemahan al-Quran dalam bahasa Itali.
07-04
07-04
07-04
07-04
07-04
07-04
07-04
07-04
07-04
07-04