2025-07-03 HaiPress
Agih RM129 juta kepada 253,371 anggota di seluruh negara.
KUALA LUMPUR,2 Julai – Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) mengumumkan agihan dividen sebanyak 6.0% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.
Dalam satu kenyataan,KPF memaklumkan,ia melibatkan jumlah keseluruhan RM129 juta kepada 253,371 anggota di seluruh negara.
Pengumuman dibuat Pengerusi KPF,Datuk Mohd Banuri Aris dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-44 yang berlangsung pada 26 Jun lalu,di Pusat Konvensyen MPAJ,Taman Melawati.
Menurut beliau,dividen diagihkan sepenuhnya berdasarkan keuntungan bersih semasa KPF yang meningkat kepada RM141.18 juta berbanding RM52.78 juta pada tahun sebelumnya.
Sekali gus,mencerminkan pertumbuhan positif prestasi kewangan KPF hasil daripada aktiviti perniagaan dan pelaburan dalam pelbagai sektor.
Permohonan pengeluaran dividen boleh dibuat mulai 30 Jun hingga 29 Julai 2025 melalui sistem e-Dividen atau secara manual.
Dalam mesyuarat sama,KPF turut memaklumkan pelaksanaan pelan rasionalisasi aset pelaburan bagi menyusun semula struktur aset secara strategik dan mampan.
Ini termasuk penjualan aset tidak berpotensi serta penstrukturan pelaburan dalam syarikat bersekutu.
07-03
07-03
07-03
07-03
07-03
07-03
07-03
07-03
07-03
07-03