Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Maybank IB kekal unjuran inflasi 2025 pada 2.0%

2025-06-25 IDOPRESS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,25 Jun- Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan unjuran inflasi bagi tahun 2025 pada kadar 2.0 peratus.

Ramalan itu menandakan risiko peningkatan inflasi yang terkawal selepas mengambil kira kesan semakan tarif SST dan tarif elektrik berkuat kuasa 1 Julai ini.

''Selain itu,pematuhan penuh kepada gaji minimum baharu,pelaksanaan rasionalisasi subsidi petrol RON95 pada separuh kedua tahun ini,serta peningkatan kos buruh asing melalui caruman KWSP dan levi berperingkat yang dijangka diperkenalkan dalam suku keempat 2025,turut diambil kira,'' jelas Maybank IB dalam nota penyelidikannya.

Kadar inflasi pada Mei 2025 mencatatkan peningkatan tahunan lebih perlahan pada 1.2 peratus.

Manakala purata inflasi bagi lima bulan pertama 2025 berada pada kadar 1.4 peratus.

Mengulas lanjut,bank pelaburan itu berkata,impak langsung pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada kadar inflasi dijangka sekitar 0.25 peratus.

Ini memandangkan langkah peluasan mengecualikan barangan asas dan hanya melibatkan barangan bukan keperluan serta import premium.

Selain itu,skop Cukai Perkhidmatan yang lebih luas turut merangkumi transaksi perkhidmatan komersial antara perniagaan (B2B) yang sebelum ini dikecualikan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap