Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Harga getah dijangka dalam aliran rendah minggu depan susulan ketegangan geopolitik

2025-06-23 IDOPRESS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,21 Jun- Pasaran getah dijangka berada dalam aliran rendah minggu depan,dipengaruhi oleh ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah,kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Jurucakap MARGMA berkata sentimen pasaran kekal lemah dan terus memberi tekanan kepada keyakinan pelabur serta aktiviti perniagaan.

“Pasaran mungkin mengalami aliran menurun minggu depan berikutan peningkatan ketegangan geopolitik,ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan dan permintaan lemah dari China dan Amerika Syarikat.

"Pasaran akan kekal sensitif terhadap niaga hadapan getah serantau,pergerakan ringgit berbanding dolar AS dan turun naik minyak mentah sebagai penanda aras," katanya.

Sementara itu,pakar industri Denis Low berkata pasaran getah dijangka diniagakan berhati-hati dengan kecenderungan menurun minggu depan,dengan aktiviti menambah stok simpanan berperanan sebagai pemacu utama.

"Gangguan cuaca adalah satu lagi faktor utama yang perlu dipantau kerana Jabatan Meteorologi Thailand telah memberi amaran mengenai Monsun Barat Daya yang semakin meningkat,yang boleh menyebabkan hujan lebat dan angin kencang ke kawasan pengeluar getah," katanya.

Bagi asas minggu ke minggu,harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Getah Mutu Malaysia atau SMR 20 meningkat sebanyak setengah sen kepada 703.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 10 sen kepada 589.0 sen sekilogram.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap