Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

WCR 2025: Malaysia lonjak 11 anak tangga, berada pada kedudukan ke-23

2025-06-19 IDOPRESS

Datuk William Ng

KUALA LUMPUR,18 Jun- Lonjakan 11 anak tangga Malaysia dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 bukan sahaja mencerminkan kemajuan makroekonomi negara,malah turut memberi impak langsung kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menurut Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA),Datuk William Ng,peningkatan itu mewujudkan ruang lebih kondusif kepada PKS untuk bersaing,melabur dan berkembang selain memberi kesan positif bdari aspek makro.

"Apabila negara menjadi lebih kompetitif,PKS juga mendapat manfaat langsung dari segi akses pembiayaan,peluang pasaran serta keyakinan pelabur," katanya ketika dihubungi RTM.

Beliau turut menyambut baik pelbagai inisiatif pembaharuan kerajaan yang menurutnya memberi kesan nyata kepada kelangsungan dan kecekapan operasi PKS.

"Reformasi kerenah birokrasi,misalnya,telah berjaya mengurangkan banyak proses kerajaan dan membantu PKS menjimatkan masa dan kos. Inisiatif seperti Akta Iltizam yang diluluskan pada Mac lalu serta penubuhan Pasukan Petugas Kecekapan Perniagaan yang diterajui oleh MPC juga telah memperkukuh persekitaran perniagaan yang stabil dan cekap," ujar beliau.

Bagi memastikan PKS kekal berdaya saing dan terus menyumbang kepada ekonomi negara,SAMENTA menyarankan beberapa langkah penting,termasuk transformasi digital PKS perlu diperkukuh melalui insentif khas dan latihan teknologi secara menyeluruh.

Kepastian dan konsistensi dasar kerajaan agar perniagaan dapat merancang secara jangka panjang tanpa gangguan perubahan polisi secara mendadak.

Pengurangan kerenah birokrasi perlu diteruskan dan diperluaskan,khususnya bagi memudahkan urusan PKS.

Pendekatan 'whole-of-nation' yang menggalakkan kerjasama antara kerajaan,syarikat berkaitan kerajaan (GLC),syarikat besar dan PKS ke arah menjadikan Malaysia antara negara paling berdaya saing di dunia.

"Kita perlukan pendekatan menyeluruh. GLC,syarikat besar dan PKS harus berganding bahu dalam menjayakan visi bersama untuk menjadikan Malaysia sebagai antara ekonomi paling kompetitif di dunia," katanya lagi.

Malaysia kini berada pada kedudukan ke-23 daripada 69 ekonomi dalam WCR 2025 yang diterbitkan Institut Pembangunan Pengurusan (IMD),menunjukkan kemajuan ketara berbanding kedudukan ke-34 pada tahun lalu.

Kenaikan itu turut didorong oleh peningkatan dalam prestasi ekonomi,kecekapan kerajaan,dan kecekapan perniagaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap