2025-06-11 IDOPRESS
Foto Honda Malaysia
PETALING JAYA,10 JUN - Honda Malaysia memanggil semula 87,490 unit kenderaannya bagi tujuan penggantian pam bahan api sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan pengguna.
Dalam satu kenyataan hari ini,Honda Malaysia memaklumkan panggilan semula itu melibatkan isu impeler bahan api dan masalah pada pam bahan api tekanan tinggi.
Bagaimanapun,jenama itu memberi jaminan bahawa model-model yang sedang dikeluarkan dan dijual pada masa ini tidak terjejas dalam panggilan semula produk tersebut.
''Isu impeler bahan api yang berkemungkinan menyebabkan kenderaan gagal dihidupkan atau enjin mati semasa pemanduan,melibatkan 84,073 unit model Jazz,City,Civic,Accord,BR-V,HR-V,CR-V dan Odyssey.
''Sementara itu,sebanyak 3,417 unit Civic dan CR-V terjejas akibat masalah pada pam bahan api tekanan tinggi.
''Masalah pam bahan api tekanan tinggi yang mungkin retak akibat penggunaan berpanjangan dan tekanan berlebihan,berpotensi menyebabkan kebocoran bahan api atau bau bahan api ketika memandu atau semasa enjin melahu,'' jelas Honda Malaysia.
Semua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan atau membuat semakan melalui aplikasi Honda Touch.
Penggantian pam bahan api dan pam bahan api tekanan tinggi yang terjejas adalah percuma dan semua kos berkaitan aktiviti penggantian ini akan ditanggung sepenuhnya.
Setakat hari ini,tiada insiden kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh isu-isu berkaitan dilaporkan di negara ini.
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12
06-12