2025-06-10 IDOPRESS
Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,9 Jun – Penyertaan Malaysia sebagai rakan negara BRICS disifatkan sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh kedudukan negara dalam landskap geopolitik dan ekonomi global yang semakin mencabar.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dunia kini sedang menyaksikan perubahan mendadak dalam hubungan kuasa besar,terutamanya dengan pendekatan dasar luar Amerika Syarikat (AS) yang semakin tidak menentu sejak era pentadbiran Donald Trump.
“Kita tidak boleh lari daripada isu geopolitik. Malaysia perlu mencari rakan dagang dan pelaburan yang lebih terbuka,yang meraikan perdagangan berasaskan peraturan. Di sinilah BRICS memainkan peranan penting,” katanya dalam sebuah podcast anjuran Bank Muamalat.
Tambah beliau,BRICS yang dianggotai negara-negara ekonomi pesat membangun seperti China,India dan Rusia menawarkan peluang kerjasama yang lebih inklusif dan tidak didominasi oleh kuasa Barat.
Selain itu,penyertaan Malaysia dalam BRICS turut membuka ruang luas untuk pemindahan teknologi,khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan syarikat teknologi baharu.
“China,contohnya,berjaya membangunkan syarikat teknologi gergasi meskipun bermula daripada pelaburan kecil. Malaysia boleh belajar banyak daripada kejayaan ini,” jelasnya.
Dr. Mohd Afzanizam turut menegaskan langkah menyertai BRICS wajar disusuli dengan penjelasan menyeluruh kepada rakyat bagi mengelakkan sebarang keraguan serta tanggapan yang tidak tepat terhadap hala tuju dasar luar negara.
06-11
06-11
06-11
06-11
06-11
06-11
06-11
06-11
06-11
06-11