Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Pelancaran STTP, perluas perlindungan kewangan kepada pesawah

2025-05-12 IDOPRESS

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,11 Mei- Perlindungan kewangan kepada pesawah di seluruh negara kini diperluas menerusi pelancaran Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) hari ini.

Agrobank dalam satu kenyataan memaklumkan skim berkenaan menawarkan perlindungan patuh Shariah hingga RM3,000 bagi kerugian akibat bencana alam,dan hingga RM1,500 bagi serangan makhluk perosak serta penyakit tanaman.

Selain itu,turut ditawarkan kadar caruman berpatutan sebanyak RM64.80 bagi setiap hektar untuk satu musim yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata,seramai 5,642 pesawah di Sabah telah mendaftar dan menerima perlindungan STTP setakat 30 April tahun ini.

"Namun,masih terdapat lebih 19,000 pesawah yang belum mendaftar,termasuk 6,602 individu yang masih belum memiliki akaun Agrobank.Pelancaran STTP di Sabah adalah bukti komitmen Agrobank dalam memastikan tiada pesawah yang terpinggir daripada perlindungan kewangan yang amat diperlukan.

“Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh komuniti pesawah dan akan terus melaksanakan peranan kami sebagai penyedia solusi kewangan yang inklusif dan menyeluruh untuk sektor agromakanan," katanya.

Dalam pada itu beliau juga menyeru pesawah yang belum berdaftar untuk mendaftar supaya tidak terlepas daripada manfaat perlindungan yang ditawarkan.

Sehingga Mac 2025,sebanyak RM16.2 juta pampasan telah diluluskan untuk meringankan beban 6,319 pesawah di seluruh negara yang terkesan akibat bencana.

Pelancaran STTP turut mencerminkan komitmen Agrobank untuk memastikan tiada pesawah yang terpinggir daripada perlindungan kewangan yang diperlukan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap