Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Seremban Sentral dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar RM2 bilion

2025-05-09 HaiPress

Foto Bernama


SEREMBAN,9 Mei - Seremban Sentral,projek pembangunan berorientasikan transit (TOD) akan dibangunkan berhampiran Stesen Keretapi Seremban dengan nilai pembangunan kasar (GDV) 2 bilion ringgit.


Projek disasarkan menjadi salah satu pemangkin pembangunan Seremban sebagai ibu negeri Negeri Sembilan.


Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook berkata,pembangunan Seremban Sentral akan bermula tahun ini,dengan mengintegrasikan Stesen Keretapi Seremban sedia ada bersama Stesen Keretapi Seremban yang baharu di bawah projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2).


"Dan kita juga amat berpuas hati dan juga amat bersetuju dengan konsep pembangunan daripada Sunway Group yang akan fokus kepada beberapa komponen,termasuk kediaman,pusat perniagaan,perubatan dan komersial serta institusi pendidikan," katanya.


Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata fasa pertama pembangunan projek yang dijangka siap pada Disember 2028 itu akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan selepas perjanjian ditandatangani bermula dengan pembangunan sebuah pusat perubatan dan komponen,Seremban Yard.


Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Perbadanan Aset Keretapi dan Kumpulan Sunway di sini,pada Khamis.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap