2025-04-14 IDOPRESS
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,14 April- Institusi tempatan terus menjadi pemacu utama Bursa Malaysia untuk minggu ke-25 berturut-turut,dengan aliran masuk bersih ke dalam ekuiti domestik berjumlah RM1.93 bilion.
Pelabur runcit tempatan juga meneruskan trend sama dengan merekodkan belian bersih berjumlah RM43.7 juta.
Sebaliknya,pelabur asing melanjutkan aliran jualan di bursa tempatan,mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM1.97 bilion.
Menurut Laporan Aliran Dana MIDF Amanah Investment Bank Bhd,hanya dua sektor yang menyaksikan aliran masuk asing bersih iaitu produk dan perkhidmatan pengguna serta telekomunikasi dan media.
Manakala,sektor dengan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan,utiliti dan pembinaan.
Purata volum dagangan harian menyaksikan peningkatan secara meluas.
Pelabur asing,institusi tempatan dan peruncit tempatan masing-masing meningkat sebanyak 54.7 peratus,120.9 peratus dan 87.5 peratus.
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15
04-15