Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Tanah runtuh hempap rumah di Gombak, tiada mangsa dilaporkan

2025-04-11 IDOPRESS

Foto JBPM Selangor

GOMBAK,11 April – Sebuah rumah di Kampung Orang Asli,Batu 12,Gombak terjejas dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi,Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor,pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 5 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati kejadian melibatkan runtuhan tanah berkeluasan kira-kira 10 x 15 kaki persegi yang menghempap sebahagian dinding rumah bersaiz 40 x 40 kaki persegi,” menurut kenyataan jabatan itu.

Bagaimanapun,tiada mangsa dilaporkan cedera atau terlibat dalam kejadian tersebut.

Seramai enam anggota bomba bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) telah dikerahkan untuk menjalankan operasi pemantauan serta kerja-kerja keselamatan di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan pihak Pejabat Tanah telah dimaklumkan untuk tindakan lanjut dan pemantauan susulan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap