Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Sukan Media Sarawak sempena sambutan HAWANA Peringkat Negeri, libatkan 3 lokasi

2025-04-10 HaiPress

Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat,Penerangan dan UKAS),Datuk Abdullah Saidol

KUCHING,9 April- Sukan Media Sarawak yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Peringkat Negeri tahun ini bakal melibatkan tiga lokasi utama,iaitu Kuching,Sibu,dan Miri.

Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat,Datuk Abdullah Saidol berkata,penyelarasan penganjuran sukan tersebut akan dijalankan bersama Persatuan Wartawan Bahagian Kuching,Persatuan Wartawan Sibu dan Persatuan Wartawan Utara Sarawak.

Menurut beliau,tarikh dan jenis sukan yang akan dianjurkan adalah berbeza mengikut lokasi.

“Berkemungkinan penganjuran akan diadakan pada hujung minggu kerana kami faham wartawan-wartawan ini sibuk,bekerja 24 jam seminggu dan berada di mana-mana.

"Tidak semua wartawan akan dapat terlibat,tetapi kami akan berusaha mencari tarikh yang sesuai agar lebih ramai dapat menyertai,” katanya ketika ditemui pada Program UKAS Berambeh Raya di sini.

Selain itu,Persidangan Media Sarawak (S-MeC),majlis makan malam dan penyampaian anugerah khas kepada tokoh wartawan juga akan menjadi antara pengisian dalam sambutan HAWANA tahun ini.

Antara topik yang akan diberi tumpuan dalam S-MeC adalah mengenai pengaruh Kecerdasan Buatan (AI) dalam industri media,selain turut menerima cadangan topik berkaitan peranan stesen radio masa kini.

Datuk Abdullah turut memaklumkan bahawa penganjuran HAWANA dan S-MeC akan dibincangkan dalam satu pertemuan bersama Premier pada 23 April ini.

Pertemuan tersebut juga akan menyentuh mengenai penstrukturan semula UKAS untuk memperkasa peranan setiap unit di dalam organisasi,termasuk unit Penyelidikan,Arkib,serta Infografik dan Kreatif.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap