Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Tiga buah kedai di Bandar Indahpura musnah dijilat api

2025-03-18 IDOPRESS

Salah sebuah kedai yang musnah dijilat api

KULAI,18 Mac – Tiga buah kedai di Bandar Indahpura,di sini,mengalami kebakaran petang semalam.

Pegawai Penjaga Balai,Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor,Komander Operasi Kanan Muhammad Fauzi Awang berkata,bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.50 petang.

Tiga pasukan bomba dari tiga balai berdekatan,iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai,BBP Kulai,dan BBP Kempas,digerakkan ke lokasi kejadian.

"Operasi pemadaman turut dibantu oleh anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kulai Besar dengan kekuatan seramai 22 anggota bomba,menggunakan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT),satu jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT),satu kenderaan Unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan (EMRS) serta jentera daripada PBS Kulai Besar," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata,berdasarkan penilaian awal,kebakaran menyebabkan kemusnahan sebanyak 5 peratus bagi premis pertama,90 peratus bagi premis kedua,dan 5 peratus bagi premis ketiga.

Bagaimanapun kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Katanya,punca dan kerugian masih dalam siasatan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap