Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Program Ikatan Kasih MADANI: KETENGAH salur lebih RM934,000 bantuan Ramadan, Aidilfitri

2025-03-17 IDOPRESS

Sumbangan disampaikan menerusi Program Ikatan Kasih MADANI/ Foto FB Ahmad Said

DUNGUN,17 Mac- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) menyalurkan bantuan sebanyak RM934,200 bagi melaksanakanProgram Ikatan Kasih MADANI bersempena dengan Ramadan dan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pengerusi KETENGAH Datuk Seri Ahmad Said berkata sumbangan itu akan diagihkan kepada 4,052 asnaf dan golongan yang kurang berkemampuan serta 85 surau di wilayah berkenaan.

Beliau berkata sebanyak RM647,800 diperuntukkan kepada3,239 penerima golongan miskin,orang kurang upaya (OKU) dan pesakit terlantar.

Katanya,setiap penerima berkenaan akan mendapat RM200.00 seorang dan diharap dapat membantu golongan itu.

KETENGAH turut memperuntukkan RM243,900 bagi pembelian kelengkapan Aidilfitri dan duit raya kepada 813 orang anak yatim dalam wilayah itu.

Selain itu,geran sumbangan sebanyak RM42,500 diagihkan kepada 85 surau untuk membantu pihak pengurusan menjalankan aktiviti mengimarahkan surau masing-masing.

Beliau berkata demikian pada Program Ikatan Kasih MADANI Wilayah KETENGAH di Bandar Al Muktafi Billah Shah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap