Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

KPDN Melaka: Tiada aduan harga makanan di Bazar Ramadan setakat ini

2025-03-15 IDOPRESS

Foto Hiasan

MELAKA,15 Mac - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka sehingga kini,tidak menerima sebarang aduan daripada pengguna mengenai harga makanan yang dijual di Bazar Ramadan.

Menurut Exco Pembangunan Usahawan,Koperasi dan Kos Sara Hidup Negeri,Allex Seah Shoo Chin,berbanding pada tahun lalu pihaknya menerima enam aduan.

"Tahun lepas memang kita pernah dengar ada yang dikatakan ada yang jual terlalu mahal. Memang kalau terlalu mahal kita dapat aduan,memang kita akan buat siasatan .

" Tetapi setakat ini daripada peniaga-peniaga atau penjaja di Melaka,kita harap semua boleh mengambil inisiatif supaya pada masa sama mereka dapat keuntungan," kata Allex.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pelancaran Bazar Ramadan Rahmah Peringkat Negeri Melaka di Duyong.

Dalam pada itu,seramai 225 peniaga di Melaka secara sukarela telah mendaftar dan menawarkan Menu Rahmah sempena pelaksanaan Bazar Ramadan Rahmah (BRR) pada tahun ini.

BBR yang terlibat ialah di tiga lokasi iaitu BRR Taman Seri Duyong,BBR Jasin Bestari dan BBR Pekan Alor Gajah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap