Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Aminuddin sedia pertahan jawatan Naib Presiden PKR

2025-03-15 IDOPRESS

Datuk Seri Aminuddin Harun pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar Negeri Sembilan di kediamannya/ BERNAMA

SEREMBAN,15 Mac- Saya bersedia mempertahankan jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan kali ini,demikian dinyatakan Pengerusi PKR Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Beliau menjangkakan persaingan lebih sengit pada kali inikerana PKR merupakan komponen parti menerajui Kerajaan Perpaduan pada peringkat Persekutuan.

"Saya rasa saya akan pertahankan jawatan mempertahankan dan menawarkan diri untuk mempertahankan Naib Presiden PKR pada pemilihan kali ini.

"Kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang bertanding dan tiada halangan parti. Ini adalah parti demokrasi,kita tidak menghalang sesiapa untuk siapa bertanding. Siapa yang akan menang,kita serah kepada pengundi,biar mereka yang menetukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberitapada majlis berbuka puasa di kediaman rasminya di sini.

Aminuddin turut memaklumkan bahawa beliau telah menghantarpencalonan secara dalam talian bagi mempertahankan jawatan Ketua Cabang Port Dickson bagi penggal kedua.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar,di kediaman rasminya di sini.

Sebelum ini Aminuddin merupakan Ketua Cabang Tampin sejak 2018 dan telah mengesahkan berpindah keahliannya dalam parti ke Cabang Port Dickson sejak 2022.

Beliau telah menewaskan tiga calon lain termasuk penyandang jawatan ketika itu,Datuk M Ravi yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Negeri Sembilan pada Pemilihan PKR 2022.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap