2025-02-18 IDOPRESS
Foto hiasan
KUALA LUMPUR,17 Februari- Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang,manakala 5.00 petang di Sabah,Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan pengoperasian sekolah sepanjang bulan Ramadan bagi sesi pagi akan berjalan seperti biasa.
"Sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan beroperasi seperti biasa pada Ramadan seperti tahun sebelum ini berdasarkan Surat Siaran KPM Bilangan 3 Tahun 2022 yang sedang diguna pakai," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu KPM mengambil serius hantaran tidak bertanggungjawab yang cuba ditularkan oleh sesetengah pihak menerusi media sosial berkenaan pengoperasian sekolah dalam bulan Ramadan pada tahun ini.
Perubahan waktu sesi persekolahan pada sebelah petang bagi memastikan kelancaran sesi persekolahan serta memberi keselesaan murid dan guru beragama Islam dalam menunaikan ibadah Ramadan.
Pada masa sama KPM menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk kepada maklumat rasmi kementerian dan tidak mudah terpengaruh dengan hantaran media sosial berniat jahat yang cuba mengelirukan masyarakat.
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21