Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

Radio teraju utama sampaikan berita komprehensif, termasuk perubahan iklim

2025-02-13 IDOPRESS

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Cawangan Negeri Sembilan,Mohd Faisal Md Noor

SEREMBAN,13 Februari- Teknologi gelombang pada siaran radio menjadikan medium tertua itu kekal relevan sehingga hari ini.

Pensyarah Fakulti Komunikasi Dan Pengajian Media UiTM Cawangan Negeri Sembilan,Mohd Faisal Md Noor berpendapat,radio menjadi teraju dalam penyampaian berita komprehensif termasuk informasi mengenai perubahan iklim yang perlu disampaikan dalam waktu yang pantas.

Beliau berkata,keupayaan pendigitalan pada zaman kini serta kecanggihan teknologi meningkatkan kemampuan fungsi radio.

"Melalui radio juga kita mendapat perkongsian daripada radio antarabangsa apabila kita mendapat tahu mengenai satu pencairan kutub utara yang semakin serius dan paras air laut yg semakin menaik dapat dikongsi bersama menerusi radio.

"Radio itu capaiannya sangat pantas,kita boleh dapat maklumat di radio antarabangsa itu di sini untuk dijadikan sebagai persediaan menghadapi musibah seperti itu.

"Saya katakan tema kali ini Radio dan Perubahan Iklim sangat sinonim dengan apa yang kita hadapi masa sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada RTM di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad,Seremban.

Beliau turut berpandangan,RTM berperanan sebagai peneraju kepada pengguna medium radio yang mampu memberi contoh terbaik kepada pihak lain dalam industri sama untuk memberi input efisien kepada masyarakat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap