2025-02-12 IDOPRESS
Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,12 Februari- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,menyanjung usaha gigih dilakukan Qatar dalam mencari jalan untuk menghentikan segera kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Gaza.
Menerusi perbualan telefon Anwar dengan Menteri Luar Qatar,Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani,Anwar berkata Malaysia akan terus memberi komitmen untuk mendukung setiap inisiatif itu.
Ini termasuk memberikan bantuan kemanusiaan,di samping menamatkan penjajahan dan pendudukan Israel di bumi Gaza.
"Menerusi perbualan telefon ini,kami berbincang mengenai situasi terkini di Gaza terkait pelanggaran syarat gencatan senjata yang sengaja dilakukan oleh rejim Zionis Israel untuk melengahkan proses perdamaian yang diusahakan pelbagai pihak termasuk kerajaan Qatar,Mesir dan Amerika Syarikat,katanya melalui perkongsian di Facebook.
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21
02-21