2025-01-17 IDOPRESS
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof. Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin
SHAH ALAM,17 Januari- "Memperkukuhkan semangat kebersamaan dalam mencapai aspirasi universiti untuk menjadi universiti terkemuka dunia" merupakan amanat Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof. Datuk Ts Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin.
Amanat yang disampaikan pada 15 Januari lalu,memberi penekanan kepada usaha UiTM untuk menerajui pembangunan profesional bumiputera yang kompeten,dinamik dan berdaya saing melalui tiga teras strategik dan sembilan tema utama UiTM2025.
"Tiga teras strategik dan sembilan tema strategik UiTM 2025,termasuk penyediaan bakat terbaik negara,kewibawaan akademia dan warga kampus,pemindahan dan perkongsian ilmu,pengantarabangsaan pendidikan tinggi,governan dan kepimpinan universiti,kemampanan kewangan institusi pengajian tinggi (IPT) dan infrastruktur,digital dan kesejahteraan kampus",katanya dalam Amanat Naib Canselor,di Dewan Konsert Seri Budiman,Shah Alam.
Beliau turut menekankan nilai teras universiti iaitu usaha,takwa dan mulia yang menjadi panduan dalam usaha universiti mencapai kecemerlangan.
Beliau berkata tahun ini menandakan fasa peralihan bagi Pelan Strategik UiTM2030.
"UiTM akan memetakan perancangan strategik selari dengan Agenda Transformasi Pendidikan Tinggi 2025 dan 10 Lonjakan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia (PPTM 2025-2035).
Sementara itu,UiTM menetapkan 21 petunjuk prestasi utama (KPI) untuk tahun ini termasuk pengakreditasian program oleh badan profesional (140 program),nisbah penerbitan berindeks seperti Scopus,WoS,dan ERA (1:1.3) dan penjanaan pendapatan universiti (RM478 juta).
"Selain itu,UiTM juga menggalakkan inisiatif seperti eco-tourism di kampus,memperkukuh jentera universiti melalui pemantapan tadbir urus,program kesihatan seperti ‘KPT SIHAT: 10,000 Langkah’ bagi mewujudkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga universiti dan memperkasakan staf dengan semakan semula syarat kenaikan pangkat.
"Melalui fokus strategik tersebut,UiTM optimis untuk menjadi peneraju dalam melahirkan generasi mahasiswa yang beretika,cintakan negara dan mampu bersaing di peringkat global.
Naib Canselor menegaskan komitmen UiTM dalam mendepani cabaran pendidikan tinggi secara proaktif,melangkaui angka-angka dalam penarafan universiti.
“Apa yang lebih penting adalah impak positif yang kita mampu hasilkan kepada masyarakat dan negara,” ujar beliau.
Amanat itu menjadi pemangkin kepada usaha UiTM untuk mencapai matlamat UiTM2030,memastikan kesinambungan kecemerlangan selama satu dekad akan datang.
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22
01-22