Rumah Berita Melayu Maklumat kewangan Kekayaan Bahagian fesyen Masyarakat SUV Teknologi Permainan Anak Sukan Hartanah Makanan Ibu bapa-anak Kesihatan Cerdas Hotel Hiburan Pendidikan

FAMA Perlis catat nilai jualan RM32.875 juta tahun 2024

2025-01-15 IDOPRESS

Foto FAMA Perlis

KANGAR,15 Januari- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis merekodkan nilai jualan berjumlah lebih RM32.875 juta sepanjang 2024 melibatkan semua cawangan pemasaran di seluruh negeri itu.

Menurut Pengarah FAMA Negeri Perlis,Mohd Anzara Azizan,jumlah perolehan berkenaan melibatkan empat institusi pemasaran utama bawah kendalian FAMA Perlis iaitu Pasar Tani,Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR),Agro-Bazaar Rakyat (ABR) serta Medan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS).

Perolehan tertinggi direkodkan menerusi 10 outlet ABR dengan nilai RM15.958 juta melibatkan 10 usahawan.

Kemudian ia diikuti AKR dengan nilai RM10.128 juta melibatkan 13 outlet dan 13 usahawan,manakala GBBS memperoleh nilai RM4.269 juta melibat 10 usahawan di tujuh outlet.

Sementara itu Pasar Tani memperoleh sebanyak RM2.520 juta melibatkan 131 usahawan.

Dalam pada itu FAMA turut membangunkan dan menaik taraf beberapa outlet di seluruh Perlis dalam memberi ruang pasaran dan keselesaan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan.

Sebanyak RM311,400 peruntukan disediakan untuk menaik tarafempat institusi pemasaran utama bawah kendalian FAMA Perlis.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
© Copyright 2009-2020 malaysounds      Hubungi kami   SiteMap