2025-01-15 IDOPRESS
Foto RTM
LANGKAWI,15 Januari-Pemain industri pelancongan dan usahawan produk tempatan Langkawi menyambut baik penganjuran ASEAN 2025 di pulau berkenaan.
Rata-rata yang ditemui menyifatkan ia adalah peluang dan platform terbaik dalam mempromosikan perkhidmatan dan produk mereka ke peringkat global.
Ketua Pegawai Eksekutif Tropical Charters,Datuk Alexander Isaac berkata peluang seperti ini tidak selalu datang,maka pemain industri perlu mengambil peluang sebaiknya.
"Kami bersyukur ia berlaku di sini dan saya percaya ia akan membantu merancakkan pelancongan di Langkawi dan kami mengalu-alukan kehadiran perwakilan ASEAN untuk tempoh dua atau tiga minggu akan datang",katanya demikian di sini.
Sementara itu,pengusaha produk kraf tangan berasaskan batik,Meor Ezammer pula berpendapat peluang ini seharusnya tidak dilepaskan oleh usahawan tempatan dalam membina jenama mereka di peringkat global.
"Memberi kami peluang untuk mengetengahkan batik-batik Malaysia ini di peringkat ASEAN sekali gus membantu memberi kesedaran kepada orang betapa cantiknya batik Malaysia ini sebenarnya",katanya.
Terdapat tiga acara penting sempena Mesyuarat ASEAN 2025 diadakan di Langkawi,iaitu Mesyuarat Trek kewangan yang telah bermula 14 hingga 15 Januari.
Diikuti Pemukiman Menteri Luar ASEAN bermula 18 hingga 19 Januari dan Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Tenaga pada 21 hingga 23 Januari ini.
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15
01-15